Biodata peserta Bintang RTM 2016

ROSARIO NINH CHAMINI BIANIS (ROSARIO) Peserta dari Sabah ini berusia 21 tahun dan mempunyai hobi menyanyi dan melancong pada masa lapang. Pernah menjadi johan Bintang Remaja 2014 anjuran RTM Sabah.
IDRIS BIN ZULKIFLI (IDRIS) Peserta berusia 19 tahun ini menjadikan sukan dan nyanyian sebagai hobi. Berasal dari Perak dan pernah memenangi naib johan pertandingan rancangan realiti tempatan.
PUTERI WANNUR NABILA (BELLA) Peserta paling muda berusia 18 tahun, Bella berasal dari Pahang menjadikan nyanyian sebagai hobi. Pernah menyertai pertandingan nyanyian rancangan realiti TV tempatan.
MOHD FARHAN MOHD MUSTAFA (FARHAN) Farhan berasal dari Pahang dan berusia 19 tahun. Menyanyi merupakan hobi beliau. Pernah menjadi finalis Bintang RTM pada tahun 2012.
MUHAMMAD ALIF BIN MUSTAFA (ALIF) Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berusia 22 tahun dan menjalankan perniagaan sendiri serta menjadikan nyanyian sebagai hobi.
MOHAMAD AZIZOL BIN ALIAS (JOE) Joe berusia 23 tahun berasal dari Terengganu menjadikan menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi.
MUHAMMAD FARID BIN MOHD NOR (FARID) Peserta yang juga berasal dari Terengganu ini baru berusia 23 tahun serta menjadikan aktiviti bersukan dan menyanyi sebagai hobi.
MUHAMMAD HAFIZ BIN ISMAIL (HAFIZ) Hafiz berusia 23 tahun dan berasal dari Kelantan. Hobi bersukan dan pernah menjadi finalis Bintang Kecil pada 2004 serta Finalis Bakat Media Hiburan.
MUHAMMAD ADIB BIN IBRAHIM (ADIB) Pulau Pinang merupakan negeri kelahiran Adib yang berusia 25 tahun ini. Menjalankan perniagaan sendiri dan menjadikan nyanyian serta sukan sebagai hobi.
CHEE KA-YEE (JORINN) Peserta berusia 22 tahun dari Selangor ini menjadikan nyanyian dan berenang sebagai aktiviti di masa lapang. Pernah memenangi Golden Award, Multi-Talent Competiton China pada tahun 2008 di Yu Hua Idol.
NUR HIJRAH BINTI YAHYA (HIJRAH) Hijrah berasal dari Sarawak dan berusia 24 tahun. Merupakan bekas finalis Bintang P.Ramlee 2012 dan 2014 anjuran RTM Sarawak. Menyanyi dan melancong merupakan hobinya pada waktu senggang.
NUR SHAFREEZA ZAINAL ABIDIN (EEZA) Peserta berusia 22 tahun berasal dari Selangor ini masih belajar dan menjadikan nyanyian dan mencipta lagu sebagai hobi di masa lapang. Pernah menjadi wakil Malaysia Children Folk Dance pada 2003 dan peserta pertandingan nyanyian rancangan realiti tempatan.
SYAKIRAH EDORA BINTI JANALI (EDORA) Edora berasal dari Johor, berusia 22 tahun dan menjadikan nyanyian, mengembara serta membaca sebagai hobi. Pernah bergelar naib juara Cari-Cari Bintang Johor Musim 2 dan juara Keroncong Johor (Solo & Berkumpulan). Merupakan penyanyi Orkestra Pancaragam Askar Johor (JMP) dan penyanyi di Istana Johor.
NORFAZRINA BINTI MOHD GANI (ERYN) Berasal dari Selangor ,berusia 23 tahun dan masih belajar. Hobi pada masa lapang adalah mencipta lagu, menonton wayang serta berenang. Pernah menjadi juara Bintang Kecil Kebangsaan RTM pada 2001 di Kuching, Sarawak, juara Keroncong Peringkat negeri Selangor pada 2006 dan menyertai pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2007.